Mari Beramal ^_^

Sabtu, 25 Februari 2017

My Milk Story (Milk Booster)


Assalamualaikum ^_^

Hari ni nak cerita tentang penyusuan susu ibu. So diharapkan yang tak menyusukan anak dengan susu ibu atau yang tak berkenaan sila lah be positive k. Update ini bukan ditujukan buat anda.. anda dan anda.

Sedikit sebanyak update ini akan berkisar tentang produk yang Kak Nani guna, minum dan makan. Bukan nak mendabik dada atau riak. Cuma Kak Nani harap garapan kisah penyusuan anak-anak Kak Nani ni dapat sedikit sebanyak membantu member inspirasi, info mahupun nasihat buat ibu-ibu yang tercari-cari maklumat sebegini.

Kak Nani dapat anak pada usia yang agak tua pada kak nani, 28 tahun baru punya anak pertama. Maklumat tentang penyusuan ibu tu sangat-sangat dangkal. Normal bagi kita menganggap…”Alah.. nyusu anak je kot… selak bagi je lah”. Kak Nani percaya sangat ramai orang yang akan keluarkan dialog sebegini. Jujur Kak Nani kata kan yang Kak Nani sangat cemburu pada ibu-ibu yang tak bekerja, suri rumah sepenuh masa. Anak-anak sentiasa di depan mata. Walaupun penat dengan pelbagai tugasan rumah dan karenah anak-anak. Tetapi mudah bagi ibu-ibu meluangkan masa untuk menyusui anak-anak mengikut kehendak mereka. Anak-anak membesar depan mata dengan tangan dan kudrat kita sendiri. Tapi Kak Nani tak mampu… ada komitmen yang perlu disediakan, dibayar dan di tanggung memaksa ibu ini terus bekerja. Jadi urusan penyusuan anak perlu di fikir, ilmu perlu digali dan di tuntut. Sebab ramai yang terkandas dipertengahan jalan mengambil langkah mudah menukar menu dari susu ibu ke susu formula. 

Don’t get me wrong… the choice is yours. Cuma bagi kak nani, kasihan pada bayi yang di kandung sekiranya tidak kita tunaikan haknya untuk menyusu dengan susu ibunya sendiri.

“Ah!!!! Macam penting sangat susu tu! Susu susu susu!”…….
Kalau tak penting takkan hal ini turut disebut didalam Al-Quran

Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

Surah Luqman ayat 14
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun)...”.

Ibu-ibu, percayalah… once kita dah mula beri bayi yang kita lahirkan dengan susu kita sendiri, perasaannya tak terungkap. Bonding yang tercipta sangat hebat.
Melalui penyusuan ibu, both anak dan ibu dapat kebaikannya.






Kak Nani lewat bermula untuk simpan stok … waktu tu, tak tau nak tanya siapa apa yang perlu kalau kita nak bekalkan susu perahan buat anak pada pengasuh. Yang kak nani bayangkan… waktu rehat je bergegas ke rumah pengasuh untuk susukan anak.

 Nak rujuk siapa? Mak kak Nani surirumah… nak tanya sedara mara malu pula. Lagi pun kebanyakkannye mungkin bagi susu formula. Kawan-kawan kebanyakkannye anak kami sebaya.

Kak nani sempat ikut “nasihat” orang untuk bagi anak susu formula kerana saiz badan Aidil yang petite dikatenya tak cukup susu. 3 bulan jugalah Aidil menyusu campur. Asbab tu… Aidil batuk tak baik-baik, antibody tak kuat.  Tambahan pulak waktu tu Kak Nani hantar Aidil di nursery lagi lah mudah berjangkit. Kemuncaknya Aidil kena athma. That’s it!!!!!!!!!! No more formula milk!!!

Bukan nye  saja badan Aidil tak menggemuk dah keturunan agaknya… malahan makin senang dapat penyakit pulak.

Masa tu tak tau pun tentang wujudnya kaunselor laktasi.... Milk booster jauh sekali.

Tengah google nak beli cloth diapers terbaca blog Puan Suraya Founder Lunatots, ohhh boleh buat stok rupanye. Susu yang di perah tu boleh disimpan dalam jangkamasa lama rupanye…

Jadi bermulalah Alkisah Mak Nani memerah susu hehehe
Tak banyak mana pun, ibarat kais pagi makan petang, kais petang makan esok pagi lah gamaknya. Alhamdulillah suami Kak Nani rajin menyediakan makanan penambah susu badan. Ade je die dengar makanan tu baik untuk ibu yang menyusukan anak die beli dan selalunya die yang masakkan. Sebab die tahu isterinya tak tahu masak … ☺


Pam yang kak nani gunakan 
*
*
*


Manual, penat tangan. Susu pun payah nak keluar



Batery operated ... lama sikit pakai nipple akan double in size hahaha



ok yang ni lama Kak Nani guna, Dari anak pertama hingga ke tiga ni masih ok.





Kira struggle lah jugak nak buat stok bagai… waktu ni cafein memang haram nak sentuh, takut susu drop punya fasal. Rajin buat power pumping atau pun tandem pumping. Nilah hasilnya… memang Nampak peningkatan bila kita istiqamah menyusukan bayi di tambah rutin pam susu yang kerap dan teratur. Minum air wajib 2 liter sehari. Makan nasi juga wajib… jangan lah berangan nak berdiet sakan waktu ni… kalau tak jangan menangis kalau susu cair atau paling teruk pengeluarannya drop. Dah macam kilang kan…. Takpelah, biarlah orang nak kate ape kan.

stok susu untuk sei mengepam di pejabat, masa anak pertama semua kak nani bantai masuk freezer.


Di pejabat pun Kak Nani mengepam, dan menebal muka tumpang stok susu dalam peti sejuk pejabat.





Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Hehehe… rasa bersyukur sangat bila tengok stok susu anak semakin banyak.

Kisah menyusukan anak pertama berlangsung sehingga kak nani di sahkan mengandung 6 bulan, anak yang sulong dah berusia 1 tahun 9 bulan Waktu ni susu kering kontang mungkin untuk menyediakan badan kita untuk menyusukan bayi yang baru pula. Memang berharap pada stok susu frozen saja. Dan terpaksa redha andai terpaksa topup dengan susu formula.

Alhamdulillah stok susu frozen cukup sehingga anak kedua lahir, kak nani amalkan rotation susu secara First In First Out bagi memastikan takde susu yang expired kononnya.  Dan bila anak ke 2 lahir memang ada stok susu anak pertama yang expired disebabkan blackout… Redha je lah… jangan tamak-tamak sambil kesat air mata yang mengalir

Stok susu anak ke 2 😘






Hasil perahan semasa kerja shift. Tengoklah perbezaan gambar pertama shift siang 8pagi hingga 8malam
dengan
gambar ke 2 shift malam 8malam hingga 8pagi.

Malam lagi banyak kan? Itu la... kak nani nak nasihatkan kepada ibu-ibu yang rasa kan susunya drop, cuba buat powerpumping terutamanya waktu awal pagi... bermula jam 3-4 pagi hingga waktu subuh. Lihatlah hasilnya nanti... mesti akan semakin meriah.







Masa anak dah masuk 2, Kak Nani dah mula ade ilmu sedikit sebanyak tentang penyusuan ibu ni.... cukuplah untuk diri sendiri. dah mula pandai cari produk milk booster selain makan makanan  penggalak susu badan


Dalam banyak-banyak makan penambah susu ni kak nani paling sesuai dengan fenugreek / halba. Asal rasa susu drop je, mula lah buat air halba... minum panas-panas atau banyakkan masakan letak halba. nasi lemak pun letak halba. 
Satu kelemahan bila minum air halba ni peluh pun dah bau halba. sebab tu bila Lunatots keluarkan produk The Milk Story yang bahan utamanya halba, kak Nani lah yang paling bersyukur. Bermula dengan minum Chocolate Drink nye buat kita rase gembira dengan rasa pure coklat. Tak sembelit macam minum *ilo.... rasa sedap, peluh tak berbau... susu pun makin meriah. Bertambah ceria kak nani buat stok untuk anak ketiga.



untuk  permulaan Kak Nani akan minum konsisten 3 kali sehari. Sarapan wajib minum.


sesi pam : 10 pagi. guna double pam ... menyorok di balik nursing cover... tak tinggalkan meja langsung so kerja still berjalan while pumping. 


Selain Chocolate Drink dan Choc Bar, Kak Nani turut berpeluang merasa Healthy Bar The Milk Story. Memang sedap! Hasilnya, stok susu untuk Airis Alhamdulillah....meriah.
Tapi disini Kak Nani nak ingatkan, kita berusaha... Allah yang perkenankan. Usaha kita tu biarlah rialistik. Jangan harapkan miracle.... Janganlah makan milk booster tapi malas nak stimulate (pam / direct feeding baby) dan malas nak minum air... dok harap susu meriah vah vah... ade tu pun dah kena bersyukur tau... 
Consume milk booster seperti product TMS ni, Ibu-ibu kena rajin stimulate tau, selain tu minum air sekurang-kurangnya 2Liter. Makan nasi, kalau nak diet pun control potion je. Tapi still kena makan nasi! (Karbohidrat)...

Lepas Kak Nani consume product The Milk Story, Stok susu untuk Airis sangat memberansangkan. Tak muat freezer peti sejuk biasa, sumbat dalam deep freezer pula. Berdoa sangat kalau boleh dapat susukan Airis sampai umurnya cukup 2 tahun. Insya ALLAH.

Maka dengan itu sekian saja perkongsian Kak Nani buat kali ni ye. 

TQ coz sudi baca hingga habis.

Diharap ibu-ibu lain pun dapat menyusukan bayi dengan susu ibu juga.

Assalamualaikum ^_^










Isnin, 5 September 2016

Kebaikan Susu Ibu Buat Simanja



Umum mengetahui bahawa susu ibu itu untuk baik untuk anak namun sejauh mana kebaikannya memberikan ‘sebab’ yang lebih kuat untuk ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sahaja, ikuti ulasan daripada Kaunselor Laktasi Bertauliah merangkap Pengarah Urusan Lunatots.com, Puan Siti Nur Suraya binti Mohamed Ali.



Antara kebaikan susu ibu untuk bayi mengikut sumber kajian ialah:
1. Bayi yang disusukan dengan susu ibu kurang mengalami risiko kematian akibat diarrhea (cirit birit) berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula (bagi usia seawal 12 bulan pertamanya)
2. Susu ibu juga membantu mengurangkan risiko penyakit Haemophilus Influenza bagi bayi berusia dibawah 6 bulan.
3. Susu ibu memindahkan antibodi yang dibina oleh badan ibu kepada bayi yang membantu memberikannya perlindungan awal daripada penyakit.

Kebaikan menyusukan anak kepada ibu tidak kurang menariknya:
1. Mengurangkan risiko kanser rahim, kanser payudara dan kanser serviks.
2. Memberikan ketenangan dan mood yang lebih baik. Hormon yang dihasilkan semasa menyusukan anak akan menyebabkan ibu berasa gembira dan tenang. Ini dapat membantu mengurangkan masalah sindrom kemurungan selepas bersalin.
3. Mengurangkan berat badan. Penyusuan susu ibu amat membantu ibu membakar lemak dengan cara menukarkannya kepada susu ibu yang berkhasiat. Ianya diet yang mudah berbanding senaman diluar rumah.

Artikel ini akan menyentuh mengenai kaitan penyusuan susu ibu dan perkembangan bayi dari berusia satu hari. Perkembangan bayi anda mungkin berbeza kerana ianya berdasarkan beberapa ujian terhadap sekumpulan bayi. Lebih mudah sekiranya ibu bapa mengetahui perkembangan yang sepatutnya dicapai oleh anak pada usia tertentu untuk mengesan dengan lebih awal sebarang kelainan pada anak.

Bayi (1 Hari sehingga 3 Bulan)

Terdapat perubahan warna pada puting ibu semasa mengandung iaitu ianya menjadi semakin gelap. Ianya bagi memudahkan bayi anda membezakan puting dan payudara semasa menyusu. Bayi dibawah umur 6 bulan hanya boleh melihat beberapa warna seperti hitam (puting ibu) dalam jarak tertentu. Jarak pandangan yang boleh difokus pada usia seawal beberapa minggu adalah daripada payudara (semasa sedang menyusu) ke wajah ibunya.


Komunikasi itu bukannya sekadar ‘berbual’ melalui suara. Ianya melibatkan reaksi seperti senyuman atau bunyi semasa mengagah. Daripada lahir sehinggalah usianya 3 bulan, bayi banyak belajar mengenai ‘komunikasi melalui bunyi’. Kadangkala mereka seolah olah sedang berbual dengan kita walaupun sekadar bunyi ‘hemm….hemm…’

Masa menyusukan anak yang mengambil masa lebih kurang 20 minit boleh digunakan oleh ibu untuk ‘berkomunikasi’ sambil membelai anak.
Bagi bayi pramatang, sentuhan kulit-ke-kulit ibu dan bayi membantu mempercepatkan pertambahan berat badannya. Selain susu ibu yang khusus untuk bayi pramatang, ianya penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh bayi tersebut kerana ianya berbeza dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Kerana itu ibu yang melahirkan bayi pramatang amat digalakkan menyusui anaknya. Bantuan daripada kakitangan hospital amat diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

Sumber kajian daripada Baumgartner, C., “Psychomotor and Social Development of Breast Fed and Bottle Fed babies During their First year of Life”. Acta Paediatrica Hungarica, 1984 menyatakan terdapat perbezaan ketara bagi perkembangan fisiomotor dan perkembangan sosial bayi yang disusukan dengan susu ibu berbanding bayi yang menyusu daripada botol (susu formula) dalam tempoh 12 bulan pertamanya. Bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap dan memahami arahan berbanding yang menggunakan botol susu.

Bayi (4 Bulan Sehingga 6 Bulan)


Mengikut kajian Lucas, A., “Breast Milk and Subsequent Intelligence Quotient in Children Born Preterm”. Lancet 1992;339:261-62, anak yang disusukan dengan susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi pada usia 7.5 tahun sehingga 8 tahun berbanding yang tidak menyusu (walaupun berbeza tahap pendidikan dan sosial ibunya).



Seawal usia mereka 4 bulan, bayi sudah mula pandai berinteraksi dengan keadaan sekeliling.
Mereka mungkin menyusu sekejap sekejap dengan ibu (ketika mahu bermain) mahupun berhenti menyusu apabila terdapat gangguan (seperti terdengar suara bapa).

‘Respon’ daripada bayi lebih mudah dirangsang sekiranya ibu menyusukan anaknya bilamana sel sel didalam otak bayi memerlukan stimulasi untuk berhubung sentiasa dirangsang sekurang kurangnya 8 kali sehari (iaitu jumlah minimum ibu menyusukan anaknya dalam sehari)

Bayi (7 Bulan Sehingga 1 Tahun)
Perkembangan Kognitif bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu menampakkan perbezaan yang lebih baik terutama dalam perkembangan fizikal seperti merangkak, melangkah dan seterusnya berjalan.
Pertuturannya lebih teratur dimana sukukatanya sudahpun bercantum berbanding hanya satu sukukata seperti sebelum ini. Mereka mungkin sudah boleh menyebut “Da da” atau “Ma ma” atau mungkin juga “Me me” (untuk milk, iaitu ketika meminta susu daripada ibu!).
Mereka juga sudah boleh menerima arahan ringkas seperti ‘ambil cawan itu’.
Dalam masa yang singkat mereka akan belajar dengan cepat. Oleh itu, jadilah sebahagian daripada stimulasi yang membantu dengan cara menyusukan dengan susu ibu!

Sumber:

http://www.themilkstory.com/milkstory-articles/Kebaikan-susu-ibu-perkembangan-kanak-kanak

Morrow-Tlucak, M. “Breast Feeding and Cognitive Development During the First 2 years of Life. “Soc Sci Med, 1988.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Churros Recipe



Churros

Serves 6


Ingredients:
1 cup of Water
1 cup of All Purpose Flour
3 Tbsp of Unsalted Butter
1 Tbsp of Vegetable Oil
4 Eggs
1 Tbsp of Granulated Sugar
½ tsp of Salt
1 tsp of Vanilla Extract
Canola Oil for frying
½ cup of Granulated Sugar for coating
1 Tsp of Ground Cinnamon

Process,

1) In a large dutch oven, add enough canola oil to fill the pan about half way, heat it over medium heat to heat it to 375 degrees. You can also use a deep fryer for this.

2) In a large saucepan, add the water, butter, vegetable oil, 1 Tbsp of sugar, vanilla and salt, bring to a boil. Turn the heat down to low and add the flour, stirring constantly until the mixture turns into a ball, cook this mixture for about 1 minute. (Remember to constantly stir)

3) Add the dough into the bowl and add one egg a time and mixing well after each addition to make sure the egg is well combined.

4) Spoon the dough into a piping bag fitted with a large star tip.

5) Pipe 5 inch ropes into the hot oil (be very careful) and make sure you only cook a few at a time so you don’t bring down the temperature of the oil. Cook them for a few minutes on each side or until deeply golden brown.

6) Drain them on paper towels to remove excess oil and then dip them in the cinnamon sugar. Repeat with your remaining batter and serve right away!

Recipe By: Laura Vitale

Teringin pulak.... lepas tengok youtube cara-cara nak buat Churros ni.

Makeup Addicted ^_^

Hi,
Hari ni nak cerite tentang makeup. Perempuan kan...
Bomba... bomba jugak... kerja memang berpanas dan berlemuih dengan bahang panas kebakaran ataupun latihan kawad setiap hari bekerja. Tapi bab makeup memang x mau tinggal.

Ade orang memang dah dikurniakan kulit yang cantik, bersih halus mulus. Markah tambahan kalau kulitnye putih bersih kemerah-merahan chewahh. Contohnye adik ipar aku si Su tu. Tak payah nak bersoleh bagai... pakai gincu je pun dah ok. Tapi kulit aku ni banyak nau jeragatnye. kalau silap pakai pencuci muke bukan je jeragat tak pudar... siap hitam lebam dibuatnye muka aku. tu yang malas tu.

Minat bermakeup memang dari zaman budak2 lagi dah mula. Aku suka bermakeup dan suka memakeupkan orang. Mak aku je yang aku tak berani nak conteng mukenye. Mak mertua ku relax je aku pakai kan celak ke bedak ke. Kalau dengan mak aku memang aku tak berani. Cume sekarang ni belum ade modal nak freelance make up orang. Berminat tengok sepupu aku Suha make upkan pengantin. makin lama makin cantik contengan die. Ni aku nak share makeup terbaru die untuk pengantin. kalau berminat boleh lah book die untuk make over muke korang ek. Harga boleh ruding kot ^_^. http://suhamakeover.blogspot.my/

Adik ipar aku Suhana dimekapkan dek Suha.







Rabu, 10 Ogos 2016

Kematian.... Suatu Yang Pasti

Masih terbayang lagi gelak tawa ayah dan abang ku. Kini kedua-duanya dah tiada. 
Baru sembilan bulan aku kehilangan ayah... abang pula menyusul.
Walaupun Uda bukan abang kandung ku, kami menyusu dengan ibu yang sama. Aidilfitri terakhir 2016 kami berjumpa... die mengingatkan yang kami ni adik beradik susuan. "Tau"...aku jawab... dalam hati tertanya-tanya jugak. Kenape ek? Agaknye die perasan aku tak bersalam dengannye.


ayah berbaju coklat dan uda berbaju silver

Kadang-kadang along lupa yang ayah dah meninggal...kesian mak.





Uda ni kira tempat kami rujuk hal-hal agama lah, kalau ade ape-ape kemusykilan, tanye je die... dengan senang hati die tolong jawabkan. Happy je kalau dapat berbual dengan Uda dan kalu dapat dengar Uda bercerita. Die kesayangan kami semua.


Gambar kenangan Uda bersama Ayah...





Ahad, 3 Julai 2016

Selamat Tinggal Negeri Sembilan

Hai,
Rasa bersyukur sangat bila dapat jawapan positive dengan pemohonan perpindahan aku. Aku dapat berpindah ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor as i wish. Cuma ditempatkan dibalai mana masih tak tentu lagi. Tengoklah rezeki nanti. Untung-untung berdekatan dengan balai suami aku bekerja.

23.05.16

Alhamdulillah, aku ditempatkan di Balai Muar. Dekatlah dengan Bukit Gambir. Kalau tak jem... 45 minit boleh sampai. Setakat ni ku rase seronok je kerja disini sebab kawan-kawan ayah pun ramai yang masih bekerja di balai ni. Terase macam ade keluarga pulak. Masuk pejabat... tengok pejabat lama ayah aku masih tertampal gambar ayah dalam program ape ntah. Hiba sebab bila teringat sebenarnye ayah dah tak ada. Dapat aku bayangkan kalau ayah masih ada... dielah orang yang akan aku rujuk bab2 kerja ni. Xnak sombong bodoh macam dulu. Tapi.... hakikatnya, x dapat lagi dah aku nak bertanya apa2 pada ayah... waima bertanya khabar sekali pun. Alfatihah untuk ayahku.





 Hari hari terakhir di N9 pegi jugak check pili bomba. Melunaskan tugasan terakhir sebelum lapor diri di tempat baru.

Buat mase ni bertugas di Balai Muar memey seronok. Dah macam balai bapak aku pulak aku buat balai ni hehe. Mane taknye... sebelum ni ayah aku pernah kerja di balai ni... kire nye aku ni meneruskan legasi ayah aku la kat balai ni. Kengkawan ayah aku pun ramai kat sini. Tu yang ade antare diorang aku gelar pakcik je instead of encik... lebih mesra n rs bekerja dengan keluarga sendiri.

Soal kerja tu same je mane-mane balai pun ade port folio yang kena kita pegang. Tapi suasana kerja tu yang mampu menentukan output seseorang anggota tu. Bayang kan kalau nak pegi balai pun stress macam mane nak bekerja dengan berdedikasi kan. Bagi aku la...

Pengalaman baru bagi aku rewang untuk masak same2 anggota. Ni untuk majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa peringkat Zon Muo.

Tukang kacau Beriani ni memang comel... tapi jangan risau, suami orang ni.
dengan orang bomba ni takyah la nak cepat berminat sangat, rate2nye mude2 lagi dah kawin...
mintak2 lah xde yang nak try2. 
Psst:... Laki aku pun bomba... tu nak kabo tu.... jgn gatai2 nak try grrrrrrr



cak!!! haaa ni la close up muke mak nani ni. banyak jeragat, kedut2 pulak tu. Nak aje aku cabar pengusaha cosmetic kalau berani pulihkan kulit aku ni memang product ko win la.

Majlis bermula jam 6.30 petang. Ni antara anggota perisma yang hadir.
Isteri Boss aku bertudung kuning... lembut je orangnye... same macam isteri mantan boss aku di Senawang dulu.



Ni pulak program bungkus kueh raya untuk di agihkan kepada anggota yang bertugas pada hari raya nanti anjuran Perisma. Perisma ni Persatuan Isteri dan anggota bomba. Boleh tahan aktif jugak Perisma Johor ni.

Tak pernah buat perangai macam ni sebelum ni ... saje nak try selfie depan cermin 2 hari sebelum raye. Pakai set baju suami hehehe. Muat dan longgar. satu pencapaian tu nak turunkan berat badan. Kalau sebelum ni memang tak muat nak sarung. Asyik sangkut tang peha... lebih parah bile aku siap boleh kongsi uniform dengan ayah aku sebelum ni... tu dah tahap Obesiti melampau lah tu. Banyak kali ayah aku pesan jage badan jangan gemuk sangat. Ayah dah takde baru nak buat.... apela ko ni Nani. 

Hmmm Raye tahun ni aku rase x berperasaan nak sambut pun. Ayah baru je 'pergi' takde sebab untuk aku bersuka ria. Persiapan pun ala kadar je setakat nak bagi anak-anak rase hari raye. 

Ape-ape pun, Mak Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf zahir batin pade kengkawan yang sempat bace blog sendu suam-suam kuku mak Nani ni ye. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...