Mari Beramal ^_^

Isnin, 25 Februari 2013

Kerjaya Bomba -Pandangan aku jer

Lame tak update blog ni wehh
ade ke orang nak bace?
Duit nuffnang btambah tak?
cittt.... ade hati.....
ok
harini nak cite pasal ape ek.....
hmmmm..........
ha!!!!!

Ramai yang mempersoalkan pade aku... Kenape bomba?! Nak je jawab "suke ati aku lerrr". Tapi jawapan tu jadi jawapan yg di pendam saje sebab taknak mengecikkan hati orang yang bertanye.

Jauh bebeno dengan bidang yang aku amik di UiTM dulu. Tapi kalau hari-hari mengadap anggota bomba bertugas di balai sebagai anak anggota bomba sedikit sebanyak menyuntik minat aku terhadap kerjaya ni.

Sebagai anak anggota bomba, aku selalu ikut ayah ke majlis-majlis kebombaan. Dari perbarisan sampailah ke rombongan. Ade je la aku dok menggedik ikut. Bile dah sebati dalam jiwa ni, memang susahla aku nak buang hasrat tuk menjadi salah seorang anggota dalam jabatan ini. Lebih men'jeleskan' aku bile sepupu-sepupu aku yang turut bekerja dalam jabatan ni asyik bebincang sesama diorang tentang bomba...tuan tu la tuan ni la. Aku, yang mase tu masih di ERAMAN duk curi-curi dengar je.

Hmmm sekarang aku pun dah boleh menyampuk sebab aku pun BOMBA hehehehe. Takde la hebat mane jadi bomba ni.... tapi pade aku inilah impian aku... ^_^

Tugas hakiki kami adalah memadam kebakaran serta menyelamatkan nyawa dan harta benda.
So kena la beringat pade yang suka panggil bomba untuk bakar lebah atau tebuan tu. Tugas hakiki kami adalah menyelamatkan nyawa termasuklah nyawa lebah kan?! Tapi kami tetap lakukan atas khidmat kemanusiaan dan kepentingan awam.

Pada aku kita boleh jadi macam-macam dalam bomba ni. 

   Bagi yang ada kelulusan kimia dan sains bolehlah bekerja di bahagian penyiasatan kebakaran atau lebih dikenali dengan nama Bahagian Penyiasatan Kebakaran 
Yang suka tengok siri CSI bolehlah memohon untuk jadi pegawai forensik bomba


Bagi yang berkelulusan IT dan fotografi boleh duduk dalam unit ICT.

 Kepada pencinta haiwan... sila lah masuk unit K_9 hehehe.
 Nak jadi pilot pun buleh sebab ade unit udara. 
Selain pilot, bagi pegawai lain-lain pangkat boleh memohon untuk jadi Air quater master


Nak jadi Paramedik, boleh masuk unit EMRS 
(Emergency Medical Rescue Services)




Pendek kata...macam-macam ado.Mungkin pade orang lain tak de ape pun yang nak dibanggakan pun bila jadi bomba ni, tapi biarlah aku dengan dunia yang aku minat ni dan kepada yang suka bertanya... kalau terbaca blog ni, ini lah jawapan aku.





Balai bomba dan penyelamat seremban



ni semasa menjadi ahli FRAM berkursus di melaka.

latihan pengukuhan pemakaian peralatan skuba di FRAM Ipoh



                       Antara tugasan kami semasa tiada panggilan kecemasan                                                      (pemeriksaan pili bomba)

Boleh nampak tak pili bomba d mana? ini lah antara kesilapan masyarakat kita. Tak salah nak mencantikkan kediaman dengan bunga-bungaan tapi jangan lah sampai menghalang atau menindih pili bomba yang menjadi nadi dalam pemadaman.
Contoh penghuni rumah yang besar tapi taknak jaga kebersihan pili bomba.


ni lagi sadis... gara nak menurunkan kucing yang mungkin berharga  RM1k ++  yang rupe-rupenya pandai turun sendiri. Pemilik kucing ni lebih rela membahayakan nyawa anggota bomba yang nyawanya lebih tidak ternilai harganya...





kerana ular lidi pun nak panggil bomba...dah namanya penyelamatkan... layankan aje la huuuuu


kebakaran hutan yang sengaja dibakar oleh sendiket curi motorsikal

Dalam banyak-banyak tu ni paling seronok - layan budak tadika (kelab 3k)

Banyak yang menggembirakan bila kerja dalam bidang yang kita minat cuma kadang tu ade jugak perkara yang tak masuk akal terjadi tapi aku anggap itu semua sebagai asam garam kehidupan. Kerja ape pun same. Asalkan kita ikhlas dalam setiap tugasan yang dilakukan INSYAALLAH rezeki yang kita bakal peroleh tu dari sumber yang halal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...